Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, October 18, 2013

2 Purnama Si Peria dan Si Telang..

Assalamualaikum...

Hari menghijaukan alam semulajadi... sejemput je pun.. tak banyak mana.. tu pun nak kecoh kan.. harap2 jangan ada yang muntah hijau tengok entry aku kali ni.. muahahahaha... 

Kesah si peria and si telang lagi... selepas tempoh hampir 2 purnama ni.. macam ni la rupa si peria dan si telang.. masih di peringkat keanak-anakan.. belum lagi cukup umur untuk mengeluarkan hasil.. berbunga dan gugur lepas tu berbunga lagi dan gugur.. mungkin saat ini adalah peringkat main2 macam anak kecil kot.. kan.. entah ler.. aku kurang mahir bab bercucuk tanam ni.. kena tanya yang lebih mahir dan berpengaruh kuat menanam tanaman dan sayuran gitu kan.. setakat main semai campak2 dalam tong ais tu je la aku buleh.. ni pun harapkan org lain siramkan.. nak harap diri sendiri? selalu lupa je.. sbb jarang2 skali aku ke balkoni tu.. yang sidai kain mr mama.. kimi atau kinah.. kalau aku yang jejak kaki ke balkoni tu mungkin aku pun ambil tahu jugak kan.. ehhh... ok ok.. faham.. nak seribu daya.. tak nak seribu daleh.. muahahaha.. 

ok.. dah.. nak citer sket tentang hari semalam... alkesahnya... semalam start dari lunch sampai ke balik umah kul 8 sampai ke nak tido kul 9 sampai la dah tertido kul 10.. bayangkan.. cuba korang kira.. mau 8 jam lebih aku menahan mata aku yang sangat2 mengantuk giler nak mampos tau.. tak tau la pasai apa yang mengantuk tahap gaban lawan dinasour tu.. aku pun heran bukan main bin ajaib binti impossible sangat tau.. mengantuk yang  bukan di buat2 dan tak boleh di tahan2 lagi.. terrrrrsangat lah mengantuk giler tu.. dalam pada dok berhadapan dengan bos pun aku rasa cam nak pejam mata.. time drive nak balik keje tu jangan cakap ler.. terpaksa aku on aircond kete tu sampai high skali.. buleh la tahan bukak mata ni.. sampai ke tempat keje mr mama lepas drive 15 minit tu.. terus tukar tempat aku dah tak tahan.. balik umah lepas amik fiyya kat rumah BS sempat gi rumah pak sedara aku kat belakang umah.. beraya la kata orang kan.. pun mengantuk jugak selepas minum secawan air oren.. balik umah waktu maghrib tu lepas dah mandi bagai.. pun masih ngantok.. sampai dah telan nasi sepinggan pun.. al-masih mengantuk giler.. agak2 korang la penyakit ke mengantuk ni? aku ni kalau takde nak tengok anak kecil tu, aku dah tido dah.. tapi aku kena main2 dulu and dengar hal ehwal anak2 dulu sebelum tido.. kena la tunggu jugak sampai kul 10 malam.. lepas anak2 balik mengaji quran kan.. dinner and sampai la diorang free dan buat keje sendiri.. baru leh angkat kaki masuk bilik.. hmmmm.. tu la citer aku semalam.. penyakit mengantuk ... 


si telang yang masih bantut walaupun seusia dengan si peria.. yang menjalar tinggi .. 



Si peria yang sangat galak menjalar.. merata2 dah dia gi.. walaupun hanya sepohon.. tu pun dah agak rimbun bagi aku.. (excited la kan.. ) 


tengok tu.. bunga si peria yang makin banyak.. dan makin menjalar2 di atas grill tu.. kan.. :) 


Ok lah.. esok cuti.. nasib baik keje cuma 3 hari.. syok gak kalau keje 3 hari.. cuti 4 hari.. muahahahahhh (wat company sendiri ler kan.. :P ) ok ok.. faham.. !


k.. bai..